Dinasti Han merupakan sebuah dinasti
agung dalam sejarah Tamadun China. Ini kerana Dinasti Han dikagumi oleh
masyarakat China sehingga mereka mengelarkan didi mereka sebagai orang Han.
Antara pencapaian agung dinasti ini ialah dalam bidang pentadbiran. Ini kerana
empayar Han meliputi kawasan yang luas dari Shenyang(Mukden) di utara ke
sekitar Guilin di selatan; dari pasifik di timur ke Chongping di barat.
Manakala penduduknya berjumlah kira-kira 60 juta orang. Dengan situasi seperti
ini sudah semestinya Han memerlukan satu sistem pemerintahan yang cekap dan
berkesan bagi seluruh wilayahnya. Usaha-usaha awal dilakukan dengan menjalankan
banci penduduk bagi menjalankan pendaftaran cukai. Bagi membantu kerja-kerja
kerajaan dalam sektor perburuhan, sistem buruh kerahan dikenakan bagi penduduk
Han. Golongan petani yang terlibat dalam sector ini menjalankan kerja-kerja
pembinaan jalan raya, terusan, istana dan makam maharaja serta kerja-kerja
ketenteraan, penjaga sempadan dan bekerja di istana. Keagungan Zaman Han ini
berakhir apabila berlakunya pemberontakan dalaman iaitu pemberontakan yang
dilakukan oleh lapan orang putera maharaja pada tahun 2000 Masihi. Pada masa
yang sama berlaku serangan orang gasar yang telah menganggu kestabilan dan
keamanan di China. Perpecahan ketara berlaku apabila wujudnya pemisahan utara
dan selatan China. Zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui menyatukan China.
Zaman pemerintahan Dinasti Sui adalah
singkat. Ketidakstabilan berlaku apabila Maharaja Yang Ti menjalankan dasar
penindasan ke atas rakyatnya. Akibatnya timbul pemberontakan dalam negeri yang
mengakhiri zaman dinasti ini.
Dinasti Tang merupakan salah satu lagi
dinasti yang telah membina keagungan Tamadun China. Pencapaian yang dicapai
oleh dinasti ini serupa dengan pencapaian yang dihasil oleh Dinasti Han. Negara
China disusun semula dengan pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan
dipulihkan semula. Manakala Empayar Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi
keluasan empayar Zaman Han. Keistimewaan Dinasti Tang adalah zaman keemasan
dalam bidang kesusasteraan Cina.
Dinasti Song merupakan zaman
pencerobohan orang gasar ke atas China. Dinasti Song terpaksa beralih ke
selatan. Namun Dinasti Song gagal bertahan lama apabila ditakluki oleh tentera
Mongol pada tahun 1271 Masihi. Walaubagaimanapun, dinasti asing ini mengekalkan
unsur-unsur kecinaan dalam pentadbirannya. Selain itu pada era ini orang Mongol
mendekati China dengan dunia luar seperti alatan muzik dan sorghum dari Eropah.
Zaman Dinasti Ming, usaha-usaha
pemulihan kerajaan telah dilakukan untuk mententeramkan keadaan. Keunikan zaman
ini ialah berlakunya episod pelayaran dalam sejarah China. Pelayaran-pelayaran
ini dikatakan telah sampai ke Asia Tenggara, Lautan India dan menyusuri pantai
timur Afrika. Namun demikian tanpa alasan yang jelas ekspedisi pelayaran ini
telah dihentikan pada tahun 1433.
Pada tahun 1644, sekali lagi China
diperintah oleh orang asing, iaitu di bawah pentadbiran orang Manchu. Seperti Dinasti
Yuan, orang Manchu juga tidak boleh lari daripada tidak menggunakan corak
pentadbiran dan kebudayaan China. Keadaan ini menunjukkan bahawa keunikan dan
ketinggian Tamadun China tetap dipelihara oleh orang asing. Namun demikian
akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak menjalankan interaksi positif
akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman dari kuasa Barat pada abad ke-19.
Pada tahun 1839-42, apabila China
dikalahkan oleh kuasa Barat dalam Perang Candu. Mulai saat itu, Tamadun China
keaiban apabila dipaksa menerima beberapa syarat perjanjian yang tidak adil.
Extraterritoriality atau hak wilayah asing yang dikenakan oleh Barat kepada
China telah mencabul kedaulatan Negara China. Selain itu, most favored nation
pula memberi hak tambahankepada kuasa Barat dalam perdagangan apabila kuasa
lain mendapat hak tersebut. Pemulihan yang dilakukan seperti Gerakan Menguatkan
Diri(1861-95) dan Reformasi Seratus Hari(1898) gagal memulihkan kegemilangan
China. Kegagalan China memulihkan imejnya menimbulkan beberapa usaha menerap
nilai-nilai Barat untk menggantikan unsur-unsur tradisi China. Kecaman juga berlaku
ke atas amalan-amalan tradisi dan budaya kuno China. Golongan intelektual
Chinayang muncul cuba menggunakan pelbagai falsafah Barat daripada demokrasi
sehinggalah kepada ideology komunis. Tahap ini merupakan satu tahap krisis
tamadun yang dialami oleh masyarakat China bagi mempertahankan kedaulatan
China.
Era kontemporari merupakan tahap
pembinaan semula China. Usaha-usaha awal dilakukan dengan menguatkan ekonomi
dan pertahanan China dengan Gerakan Melompat Kehadapan. Seterusnya usaha
dijalankan dengan menghapuskan amalan-amalan lama dan sikap kapitalisme dalam
pemikiran masyarakat China. Usaha ini merupakan usaha memulihkan Tamadun China yang
berdasarkan ideology komunisme. Oleh itu Revolusi Kebudayaan dilakukan oleh
Pengarah Merah. Namun demikian unsur-unsur tradisi begitu menebal dalam
masyarakat China telah membawa kepada kegagalan Revolusi Kebudayaan. Pemimpin
komunis China mula sedar bahawa apa yang penting bagi China ialah usaha
memperkuatkan China. Oleh itu di bawah pimpinan Deng Xiaoping, China menerima dasar pasaran
terbuka bagi menarik pelaburan asing. Manakala harta-harta peniaga yang
dirampas pada era Revolusi Kebudayaan diarah untuk dikembalikan. Dasar
keterbukaan ini hanya berlaku dalam ekonomi tetapi bukannya dalm politik. Ini
kerana dasar komunis yang memerintah secara mutlak masih dikekalkan dan golongan penentang disingkirkan oleh
pihak kerajaan.