Tamadun China merupakan salah satu
dari tamadun awal di dunia. Perkembangannya selama 4000 tahun telah membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah,
sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kepada
kemajuan dan kemakmuran tamadun ini. Dalam masa yang sama, tamadaun China juga
memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Selain
itu, tamadun China boleh menjadi panduan kepada kita mengenai kekuatan dan
kelemahannya. Perkara positif dalam tamadun China bolehlah dijadikan asas
kemajuan kita seperti dalam bidang sains dan teknologi. Manakala perkara
negatif pula diselidiki dan diperbaiki seperti kezaliman yang bertentangan
dengan ajaran Konfusius.
Tamadun China menyamai tamadun-tamadun
tertua di dunia yang lain seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun
India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidaklah sama namun
pencapaiannya adalah standing dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh
pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di
dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran
dan Taj Mahal di India. Manakala dalam bidang ilmu pengetahuan juga
memperlihhatkan keagungan Tamadun China yang standing dengan tamadun lain di
dunia. Namun demikian keunikan Tamadun China ialah ketahanannya sepanjang masa.
Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga
sekarang.
KRONOLOGI SEJARAH TAMADUN CHINA
Dinasti Hsia(2100-1600S.M)
↓
Dinasti Shang(1600-1066S.M)
↓
Dinasti Zhou/Chou(1066-256S.M)
↓
Dinasti Qin/Chin(221-206S.M)
↓
Dinasti Han(206S.M-220Masihi)
↓
Dinasti Sui(581-618Masihi)
↓
Dinasti Tang(618-907Masihi)
↓
Dinasti Song(960-1279Masihi)
↓
Dinasti Yuan(1271-1368Masihi)
↓
Dinasti Ming(1368-1644Masihi)
↓
Dinasti Qing/Ching(1644-1911Masihi)
↓
Era Republik China(1912-1916Masihi)
↓
Era Panglima Perang(1916-1928Masihi)
↓
Republik China di bawah Guomindang/Kuomintang(1928-1949Masihi)
↓
Republik Rakyat China(1949 sehingga sekarang)
Pada zaman Dinasti Chou, system beraja
dibaiki dengan konsep-konsep baru seperti anak syurga dan mandat dari syurga. Konsep-konsep
ini cuba diwujudkan oleh raja-raja Chou kerana mereka inginkan supaya rakyat
mengiktiraf mereka sebagai wakil dari langit yang diberi kuasa oleh tuhan untuk
memerintah bumi. Raja-raja Chou telah menjalankan dasar-dasar feudalism dalam pentadbirannya. Raja-raja Chou
telah membahagi-bahagikan wilayahnya kepada tuan tanah atau fief untuk mendapat
kesetiaan dari tuan-tuan tanah ini. Satu upacara taat setia akan dijalankan
untuk mendapat kesetiaan daripada tuan-tuan tanah ini. Raja akan memberi
pengesahan atau ‘pekenan’ beliau untuk tuan-tuan tanah ini berkuasa di wilayah
masing-masing. Dalam kata lain golongan tuan-tuan tanah ini memerintah
wilayahnya secara bebas. Akibat dari kelongggaran sistem pemerintahan Chou,
akhirnya berlaku peperangan antara negeri-negeri Chou. Antara negeri-negeri
yang muncul ialah Chi, Chu, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin. Zaman ini dikenali
sebagai Zaman Berperang atau Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga.
Pada masa yang sama peperangan yang
berlanjutan telah dapat dipadamkan apabila munculnya Negeri Chin. Di bawah
pimpinan Shih Huang-ti(221-210S.M) China dapat disatukan. Beliau bukan sahaja
menyatukan China menerusi military dan perluasan empayar tetapi telah menjalankan beberapa dasar tegas dalam
soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran. Namun demikian Dinasti Chin
yang wujud ini tidak lama kerana ia berakhir dengan kemunculan Dinasti Han.