Isnin, 26 Mac 2012

Kronologi Tamadun China


Tamadun China merupakan salah satu dari tamadun awal di dunia. Perkembangannya selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kepada kemajuan dan kemakmuran tamadun ini. Dalam masa yang sama, tamadaun China juga memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Selain itu, tamadun China boleh menjadi panduan kepada kita mengenai kekuatan dan kelemahannya. Perkara positif dalam tamadun China bolehlah dijadikan asas kemajuan kita seperti dalam bidang sains dan teknologi. Manakala perkara negatif pula diselidiki dan diperbaiki seperti kezaliman yang bertentangan dengan ajaran Konfusius.
Tamadun China menyamai tamadun-tamadun tertua di dunia yang lain seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidaklah sama namun pencapaiannya adalah standing dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India. Manakala dalam bidang ilmu pengetahuan juga memperlihhatkan keagungan Tamadun China yang standing dengan tamadun lain di dunia. Namun demikian keunikan Tamadun China ialah ketahanannya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga sekarang.  
KRONOLOGI SEJARAH TAMADUN CHINA
Dinasti Hsia(2100-1600S.M)
Dinasti Shang(1600-1066S.M)
Dinasti Zhou/Chou(1066-256S.M)
Dinasti Qin/Chin(221-206S.M)
Dinasti Han(206S.M-220Masihi)
Dinasti Sui(581-618Masihi)
Dinasti Tang(618-907Masihi)
Dinasti Song(960-1279Masihi)
Dinasti Yuan(1271-1368Masihi)
Dinasti Ming(1368-1644Masihi)
Dinasti Qing/Ching(1644-1911Masihi)
Era Republik China(1912-1916Masihi)
Era Panglima Perang(1916-1928Masihi)
Republik China di bawah Guomindang/Kuomintang(1928-1949Masihi)
Republik Rakyat China(1949 sehingga sekarang)

Pada zaman Dinasti Chou, system beraja dibaiki dengan konsep-konsep baru seperti anak syurga dan mandat dari syurga. Konsep-konsep ini cuba diwujudkan oleh raja-raja Chou kerana mereka inginkan supaya rakyat mengiktiraf mereka sebagai wakil dari langit yang diberi kuasa oleh tuhan untuk memerintah bumi. Raja-raja Chou telah menjalankan dasar-dasar  feudalism dalam pentadbirannya. Raja-raja Chou telah membahagi-bahagikan wilayahnya kepada tuan tanah atau fief untuk mendapat kesetiaan dari tuan-tuan tanah ini. Satu upacara taat setia akan dijalankan untuk mendapat kesetiaan daripada tuan-tuan tanah ini. Raja akan memberi pengesahan atau ‘pekenan’ beliau untuk tuan-tuan tanah ini berkuasa di wilayah masing-masing. Dalam kata lain golongan tuan-tuan tanah ini memerintah wilayahnya secara bebas. Akibat dari kelongggaran sistem pemerintahan Chou, akhirnya berlaku peperangan antara negeri-negeri Chou. Antara negeri-negeri yang muncul ialah Chi, Chu, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Berperang atau Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga.
Pada masa yang sama peperangan yang berlanjutan telah dapat dipadamkan apabila munculnya Negeri Chin. Di bawah pimpinan Shih Huang-ti(221-210S.M) China dapat disatukan. Beliau bukan sahaja menyatukan China menerusi military dan perluasan empayar tetapi  telah menjalankan beberapa dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran. Namun demikian Dinasti Chin yang wujud ini tidak lama kerana ia berakhir dengan kemunculan Dinasti Han.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan